Thursday, September 30, 2010

PRK GALAS

PRK DUN Galas akan diadakan tidak lama lagi. Semua pihak sedang memerhatikannya. Pas perlu memenanginya demi maruah dan masa depan politik mereka dan penguasaan teradap negeri Kelantan.

UMNO juga perlu merampas kembali kerana Gua Musang adalah Parlimen kubu kuat UMNO sejak dulu lagi. Tengku Razali Hamzah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merampasnya kembali.

PRK Galas ini nanti akan menguji kemantapan UMNO dibawah kendalian DS Najib. Setakat mana hormat dan sokongan rakyat terhadapnya selama ini akan diuji. Kesetian ahli-ahli parti juga akan diuji. Jika UMNO benar-benar bersatu sudah tentu tiada apa yang akan dibimbangkan lagi. DUN Galas akan dimenangi selepas ini.

2 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UMNO CKT,
Karisma Ku Li, perpaduan ahli UMNO Galas diperlukan untuk memenangi dibantu oleh kepimpinan mantap DS Najib dan Muhyiddin Yassin. Insyallah, UMNO pasti merampas kembali Galas.

Unknown said...

Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.